Kaiji ( Pengenalan )

Posted: Saturday, May 1, 2010 by Amonree in Labels:
0

Assalamualaikum semua dan salam 1 Malaysia. . . :) Baru je lepas solat Magrhib dan sementara menunggu AF start ( teman makcik tgok je. . . hehe ) jadinya post aku kali ni nak mengenalkan la manga yang aku selalu ikuti kebelakangan ini . . .

Walaupun lukisan manga ini tak la secantik sangat . . . tapi kisahnya cukup menarik sehingga buat aku menjadi tak sabar dengan kisah hidup si Kaiji ini . . .

Sinopsis manga ini mengisahkan kehidupan seharian Kaiji yang merupakan seorang kaki judi dan tak ada pekerjaan. . . dalam komik ini. . golongan seperti ini dipanggil sampah ( bukan aku yang panggil )

Dia rasa kehidupan dia cukup tak bermakna sehingga satu hari datang la si peminjam duit @ ceti @ Along kat tempat kita . . . Kaiji telah terperangkap dengan surat pinjaman wang yang tinggi sebab telah menjadi penjamin kepada bekas kawan sekerjanya yang dahulu . . .

So macam mana Kaiji mahu membayar hutang tu . . . sama2 la korang baca. . . nanti tak syok pulak . . . hehe Yang pastinya kisah manga ni lain dari yang lain yang membuatkan korang rasa kesian pun ada. . . macam2 la. .


Ni lah si kaiji


Manga kaiji telah pun dianimasikan dan jugak telah difilemkan dann telah disiarkan baru2 ni. . . aku adala pergi tgok. . . walaupun lain sedikit kisah dan wataknya. . . tapi feelnya tetap ada. . .

Apa yang pasti kalau korang ikuti manga dan anime Kaiji ni. . . korang akan rasa mcam tak ada something tak cukup. . . tak cukup kejam kot. . haha



Filem kaiji yang menjenguk pawagam di Malaysia baru2 ini


Starting post lepas ni. . . aku akan uploadkan link yang download manga Kaiji . . . dan juga anime nya la. . . wokey? ada beza dua tu. . .hehe

ok semua chiow

0 comments:

Pages