Assalamualaikum . . . Akhirnya ada juga masa untuk aku menulis di blog aku ini . . . Sebelum aku updated dengan anime atau pun manga yang akan ku letak . . . terpanggil la aku untuk menceritakan kisah di KTM . . Korang semua mesti biasa naik kan?? Dan mungkin biasa la kisah ni . . .Tetapi aku just nak ingatkan sahaja . . . Siapa yang terkena sendiri mahu ingat k??
Kisah bermula di
Stesen KTM Serendah, tempat aku tunggu tren nak g KL. hehe
Inilah tiket KTM yang berharga RM4.30. . . mahal tu
Lenggangnya . . . aku sorang ke duk menunggu ek???
Tu kisah waktu pagi time tak busy tambahan pula dari serendah tempat orang tak ramai . . hehe
Kita tgok waktu balik pula waktu aku menunggu tren di KL Sentral pukul 5.10
Baru la syok nenggok ramai orang tunggu. . .hehehe
Dalam tren plak, dah kene berdiri den. . . Ponat tul
Kisah bermula disini. . .
Adik buat apa tu keliling tiang tu. . . Lah, adik pun kene berdiri ya. . . kesian kat adik sama macam abang jugak kene berdiri kan. . .
Mana penumpang yang duduk2 ??? sama2 kita tengok . . .
Muda - mudi seronoknya duduk . . . buat2 tak nampak adik tu berdiri dan yang lebih teruk kat bawah ni . . .
Sedapnya ko tidur bro. . . padahal time adik tu baru masuk aku nampak ko terkebil2 buat tak nampak. . . sekarang ko tidur plak . . . elok la tu jadi mcam Adlin yang dalam iklan tu, buat2 tidur. . .
Adik tu terus melihat brother tu. . . "Abang tak mahu bagi saya duduk ke??"
Penat ya adik? kesian adik ni sampai terduduk penat berdiri. .
Lastly adik ni menanggis kerana penat berdiri . . . tetapi tetap tak ada orang bagi tempat
duduk . . . Dalam tren ni ada orang tua , baby dan ibu mengandung yang tak dapat duduk tetapi tak sempat aku ambil gambar. . .
Logo bagi tempat duduk bagi mereka yang memerlukan hanyalah sia2 jika Orang kita semuanya pentingkan diri . . . Bagi mereka yang terasa tu ubahlah perangai. . . kasihanlah dekat mereka yang lebih memerlukan tempat duduk . . .
Benda ni tiap2 hari aku tengok . . . tak matinya kalau tak dapat tempat duduk kan?? better jadi mcam bro kat bawah ni. . . bawa tempat duduk sendiri